Boring~~~

apesal la aq ni cepat lupe akk..agaknyer klu blog ni leh cakap, mesti dia cakap..wei ko ni asyik nak reset je..makan kepala ikan ape.....hehehe..bape byak kali lah...kalu x aq selalu cakap kt hubby kalu dia lupe..tup2..aq kena huahuahua.. : P..

lame rasenyer x write ape2..mingguni aq nak g mane ek..tiap2 minggu mesti ada progrem..tapi..minggu ni xtau apa..tu yg teringat kat blog ni..

cerita apa yang aq nak tulis pun xtau..xda idea..cuti rase jap je..tup2 dh habis 2 hari..sok keja balik..aduihhh malas bebenor..hubby cuti coz die kate byk cuti lagi,kena habiskan..aq cuti dh hbs la plak..huhu..xpe2..start tahun depan ada 12 hari balik..wah syoknyer..aq x sabo nak wait jumaat ni..we all going down to south with my family in-law..hureeee..rindu nak balik johor..tp x leh lama la coz keja..kluang..tunggu den kkkkkkkkkk...Mak..akak nak balik umah..masak sodap2 tau..


Fadhilat

-Barangsiapa membaca ayat kursi ketika mengiringi tiap-tiap solat fardhu, maka diampuni dosanya dan di hapuskan Allah daripadanya tiap-tiap kejahatan.


-Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.


16 tanda kematian mulia


KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Dah lama rasenyer aq x bukak blog kenangan semalam..tajuk kenangan semalam mengigatkan aq pada kenangan diriku..tarikh 22 Jun 2010..tarikh yg xdapat aq lupakn..permata hatiku telah pergi meninggalkan kami..hati aq sdih sgt..tp nak wat mcm ne kn..dah ketentuan yg maha Esa..MUHAMMAD UMAR BIN MOHD AMIRUL AZRIE DAN..NUR IMAN UMAIRAH BINTI MOHD AMIRUL AZRIE..nama yg xdapat aq lupakan sampai bila2..syg..ibu rindu kat umar n umairah..pertama kali ibu tgk abah menangis syg..hati ibu mane xsedih bler anak yg dikandung dah xda..
Abah sempat main2 ngan umar..mase abah main2 perut ibu..umar gerak..abah ngan ibu mase tu hapy sgt syg..tpi..kegembiraan tu x berpanjangan..besoknyer umar dah pergi tinggalkan ibu ngan abah..umar bg kenangan kat ibu ngan abah..ibu xleh lupa saat tu syg..masa umar disolatkan dan dkebumikan,ibu ngan abah xdpat g..abah jga ibu kat hospital..nenek ngan atuk ayah uruskan umar..nenek cerita kt ibu..umar comel sgt..hidung umar mcm abah..muka mcm ibu..umar putih sgt nenek kata kalu umar besar,umar handsome sgt nenek kata kt ibu..ibu sedih sgt syg..tp ibu kuatkan hati,masa umar dikafankan,maksu dinie pegang umar sampai kat kubur..maksu kata tangan maksu wangi..pelik wanginya..coz bkn minyak dari kain kafantu..sebab kain kafantu kosong x bubuh ape2..nenek kata Allah lebih mengetahui..ibu sedih syg..kalu nurse tu cepat mungkin syg dpt hidup lg..tp tu semua kerja Allah..abah kata isteri kawan abah ada yg bersalin 5 bulan tp kena letak dalam satu balang khas..masa ibu bersalinkn umar..nursetu rasa umar dlm 3 bulan tp doc check kte dh ada rambut means umar dh 5 bln keatas,doc kte ibu dh nk bersalin, nurse tu kta doc india tu x reti..tp betul kte doc tu..nurse tu terkejut masa tgk umar ,umar dh cukup sifat..ibu lahirkan umar sorang2..ibu panggil nurse tp sorg pn x dengar,agaknya kalu nurse ada masatu umar mungkin hidup lg..nasib baik kakak yg depan katil ibu terjaga dan terdengar ibu panggil nurse kalu tak maybe ibu pn dh ikut umar..masa tu ibu keluar darah banyak sgt..kenapalah nurse2 skrgni suka cuai..suka ikut pendapat depa..tp depa kena pikir..pengalaman kalu x seiring dengan kepakaran dan pengetahuan..pn x guna jgk..itupn satu sebab kenapa aq x suka jd nurse..bersangkut dengan nyawa..aq xnak rasa menyesal kerana kelalaian kte nyawa orang melayang..memang ajal maut ditangan Allah tp kte kena beringat jgk..tengahari tu aq dh boleh kuar wad..n kami trus g balik sik..sb aq nk sgt tgk kubur umar,tp nenek x bg tgk syg..sb ibu masih lemah lg..2 hari pastu ibu rasa x sedap badan,rupanyer umar ada adik..umairah..umairah baru kuar masa tu..tp plik doc x dpt kesan umairah..bahaya betul..kalu x xtaulah ape nk jd..hatini hanya Allah je yg tau..betapa sedih..tp xkn aq nk tunjukkan kesdihan aq kt org lain..suami je yg tau..hari2 aq nangis teringat kt umar ngan umairah..Bln puasa dah nk dekat,raya pn dah x lama lg..hati ibu rasa lg sdh bler nk dkt raya..teringat kt umar ngan umairah..masa ibu g kubur umar..ibu dpt rasa umar pgl ibu,x bg ibu balik..sampai abah kejutkan ibu balik..syg..ibu takut x kuat syg..Ya Allah Kau yg berkuasa..kuatkanlah imanku dan jiwaku..Kau kurniakan kami rezeki anak yang soleh dan solehah..Amin..mungkin ada hikmah diatas segala kejadian..mana tau,Allah nk bagi kita yg lebih baik nt..Anak disana jd penyelamat kita..kata2 suamiku aq pegang buat penyejuk jiwa..Buat suamiku..MOHD AMIRUL AZRIE..tima kasih di atas segala perhatian,kasih sayang,kesetiaanmu menjagaku..sentiasa memberi semangat dikala rasa sedih menikam jiwa..xdapat ku cari ganti insan sepertimu..mesti umar ngan umairah bangga ada ayah seperti abang..

>>>Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

>>>Berdiri di atas satu kaki

>>>Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

>>>Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

>>>Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

>>>Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

>>>Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

>>>Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

>>>Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

>>>Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

>>>Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

>>>Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

>>>Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

>>>Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

-In Team-



Doa Seorang Kekasih..

zikir harian..

Selawat Syifa..



Munajat



Doa Taubat

Salam Ukhwah

Selemah2 manusia ialah yg tidak boleh mencari sahabat dan org yg lebih lemah dari itu ialah yg mensia2kan sahabat yg telah dicari -Saidina Ali-.

Demi Waktu...

Followers

Radio Tempatan